Tuesday, September 27, 2011

kerinduan ;(

tiap kali aku bangun tidur , tiap tiap hari
 aku masih lagi anggap dan berfikiran yang aku masih lagi ada ABAH
mugkin benda ni pada orang bila aku cerita dia orang akan jadi sedih ,
 tapi pada aku benda ni lah yang buat aku kuat dan terus berdiri tegak maju kehadapan . 
dan sekarang wallpaper gambar kubur ABAH yang menghiasi handphone aku . 
tiap tiap pagi aku akan sedekah kan bacaan yasin untuk ABAH , sambil tengok gambar kubur ABAH
kalau dulu boleh lah pergi kubur ABAH hari hari , sekarang ni tengok gambar je lah
itulah yang menjadi amalan yang mak ajar lepas je ABAH pergi .
kisah aku hidup bersama ABAH hanya 19 tahun sahaja , memang singkat . 
tapi dah nama pun ajal maut jodoh pertemuan di tangan tuhan , 
kita sebagai manusia kena redha dan terima . 
tapi tak salah kan kalau aku masih beranggapan 
yang aku masih lagi ada ABAH sama macam orang lain ? 


ABAH nak tau tak , byla rindu sangat pada ABAH . 
bila abah tak de , dah takde  siapa nak suruh byla tolong ketip kan kuku
tak de siapa lagi yang panggil byla BEGAM . :)
lagi lagi masakan ABAH , dan banyak lagi yang byla rindu .
ABAH , kami sekeluarga sentiasa ingat dan tak kan pernah lupa pada ABAH
kami harap ABAH  di tempat kan bersama orang orang yang beriman ,
doa kami sentiasa mengiringi ABAH , tak kira siang atau malam . amin



rindu yang teramat sangat  ;(

No comments:

Post a Comment