Wednesday, June 12, 2013

Keinginan

Banyak pengaruh yang boleh menaikkan nafsu keinginan seorang manusia terhadap sesuatu benda .

*kisah silam

*kawan kawan

*cabaran

*tarikan

To me , pengaruh la macam mana pun . semua benda tu tak penting sangat . mampu , dapat . tak mampu , biar .

Setiap orang berbeza . bila bijak mengatur , semua boleh dapat .


p/s : aku nak kahwin .
 *kumpul duit $$*
amin .

kepercayaan ?

Kau penyebab aku hilang percaya dekat orang . kau , kau , kau , kau , kau dan kau !
                                 
Bila baik hati sangat , orang pijak kepala . bila susah cari kita . aku suka sangat sikap yang macam tu .

Dah banyak jenis orang aku jumpa . jadi maaf lah kalau aku dah tak boleh nak percaya orang .

Mungkin , boleh nak percaya . tapi akan lebih berhati – hati . hey , marah aku ni .

Aku tahu , aku pun manusia . the simple sentence issusah nak puas kan hati semua orang. kan ?


Sunday, June 2, 2013

aku tak sedar

benda biasa yang aku buat selama ini , sedar tak sedar aku dah lupakan semuanya . bendanya bukan aku tak biasa . memang rutin aku . kenapa aku boleh lalai dan alpa ? bendanya penting untuk aku ingat tapi kenapa ? kenapa boleh lupa ? apa dah jadi dengan aku ? biasa tak macam ni . ke memang keadaan sekrang ni lah perangai aku ? aku sendiri tak tahu siapa aku sebenarnya . 

sem ni aku jadi orang yang terlampau teruk dalam dunia . sungguh aku tak sedar sikap aku yang tiba tiba berubah . bukan sekali dua tapi dah banyak kali . pada orang lain mungkin biasa . tapi ini dah jadi kebiasaan aku . macam mana boleh lupa ? bayangkan lah kalau kau sendiri lupa nak pakai baju dan seluar dalam . ha , lupa yang sebegitu lah aku sekarang ni . kalau orang buat dekat aku , aku pun tak boleh terima . 

kenapa aku sampai hati nak buat dekat kau macam tu sekali . aku bukan sengaja nak tagih simpati kau . tapi sungguh aku tak sedar . :'( aku tak tahu nak buat apa dah . memang aku yang salah . aku tak sepatut nya jadi macam ini . apa yang aku boleh buat untuk tebus semuanya ? aku sendiri tak tahu . aku kecewa dengan sikap aku sendiri . aku menangis sebab aku kesal dengan diri sendiri . sekali lagi aku minta maaf .

# aku takberniat nak buat semua benda jadi kelam kabut . aku minta maaf sangat sangat . terima kasih bagi peluang , untuk aku berubah . insya'ALLAH . aku akan cuba dengan , sedaya upaya kau . sekali lagi . aku minta maaf . aku kesal . aku malu . aku menyesal . aku kecewa . :'(

p/s : kesian kau , aku minta maaf sangat sangat sayang  
<3 iloveyousomuchmuhdkhidirmohdzul <3

Tuesday, May 21, 2013

selamat berjuang

jadual dah keluar . persiapkan diri anda . final exam . semesta 4 . tahun 2 . 
. 2012/2013 .

!
!
!
!
!
!
!
!
!

next  -->  praktikal . #FRIM-MTDC

Thursday, May 9, 2013

aku bersyukur

lama tak update . asyik tengok blog orang lain je . banyak kisah yang aku baca . tertarik dengan kisah kahwin awal n dapat anak pada usia muda . aku taknak buat kesimpulan apa yang aku baca . aku taknak bagi pendapat apa apa lepas aku baca , walaupun memang dah banyak aku judge dia orang dari pelbagai perspektif tapi lebih kepada positif lah (aku tak suka nak fikir buruk orang). pada aku lain orang lain cara hidup nya.

aku harap kehidupan aku akan selalu berjalan dengan baik . soal jodoh aku dengan SI KERING . biar ALLAH tentu kan . bukan tak nak ambil tindakan tetapi banyak benda lagi yang nak di fikirkan . aku tau dosa . INSYA'ALLAH ada jalan . 

tak lama lagi cukup empat semestar aku jadi pelajar UniMAP . dulu aku taknak masauk sini tapi mak cakap "kau pergi je lah . mana tau ada hikmah nya" . dan aku dah dapat rasa hikmah nya . terutama nya bila dapat kenal SI KERING . kat sini aku bukan nak cerita tentang cintan cintun kami tapi tentang apa yang aku dah belajar dari kau . segala nasihat kau , tunjuk ajar kau , dan carita hidup kau . 

kau ubah hidup aku lebih kepada mengerti apa yang berlaku di sekeliling kita . jangan anggap orang lain sama dengan kita . kau jugak dah ubah perspektif mak terhadap kita . sejak kau datang kenduri dekat rumah aku . walaupun dia hanya perasan kau datang bila dia nampak gambar kau dalam kamera . aku suka cara kau . tak perlu nak tunjuk semua . perlahan perlahan lah . biar masa yang tentu kan . 

sepanjang pengajian aku dekat sini . kau banyak nasihat kan aku . kau lah pengganti abah pada aku . walaupun diam tapi abah selalu nasihat kan aku . kau pun sama macam abah . kau buat hidup aku lebih tenang dekat sini . kau selalu ingatkan aku tentang family aku . doa kan untuk abah . solat jangan tinggal . selalu telefon mak . bagi tahu mak kalau ada apa apa . lebih kan family daripada kau . 

** aku bukan saja nak cerita pasal dia . tapi memang hidup aku dekat sini memang dengan dia . susah senang kami sama sama . ketawa menangis sama sama . bila sakit kami tanggung bersama .  dia lah sahabat . dia lah teman hidup . dia lah musuh . dia lah guru . dia lah segalanya bagi aku . tapi macam kau cakap . family number one . aku cuma boleh berdoa . semoga kita di jodohkan bersama . INSYA'ALLAH . AMIN . 


p/s : terima kasih untuk segalanya . 

Saturday, October 13, 2012

Wednesday, October 10, 2012

mimpi~~

disebabkan aku teremosi lebih semalam , aku mimpi yang bukan bukan . aku sedar aku mimpi . biasanya aku  akan rasa mimpi tu macam betul . mungkin aku tau mimpi tu tak kan terjadi , dan aku taknak ia terjadi . dulu aku selalu mimpi abah meninggal lah , accident lah . time sekolah rendah selalu mimpi macam tu . jauh dari family kan . duduk ngan woo dekat kampung . bila terjaga dari mimpi aku akan menangis teresak esak . macam tak cukup nafas . padahal mimpi je . tak silap aku . last aku mimpi bukan bukan macam tu time aku kat teknik . lepas tu aku tak mimpi dah . dan sekarang jadi balik . cuma aku cover sikit . dulu aku sedar sedar dah menangis . sekarang aku lebih berhati hati . pasti kan itu mimpi atau bukan . macam mana pun aku tahan . aku tetap menangis dalam hati . mana boleh tahan kot . dulu aku selalu mimpi abah bukan bukan . mak tak pernah kot . mungkin sebab aku rapat dengan abah . sekarang aku mimpi kau pulak . dan bercampur baur lagi . family aku pun ada sekali . macam macam lah . huhu dah nama pun mainan tidur kan . aku tak percaya pun semua tu . tapi aku buat mimpi tu peringatan untuk diri aku sendiri .

p/s:tak salah kalau kita nak menangis , sebab itu boleh 
mengurangkan tekanan dan meningkatkan keinsafan dalam diri .
* aku tak suka menangis depan kau .