Friday, September 30, 2011

Tangguh

haha lawak je mak ni mula mula tangguh esok hari 
last last tangguh sampai minggu depan . 
nasib baik lah tak perlu bayar , sebab guna kad persara abah . 
untung lah mak , dan abah memang selalu tak pernah nak menyusah kami 
sampai lah hembusan nafas nya yang terakhir . 
dan sekarang ni pon masih lagi berjasa dengan kami . 
lihat lah betapa besar nya jasa seorang ayah .

walaupun susah nak mendidik anak anak untuk menjadi anak yang soleh dan solehah .
abah dan emak sentiasa mendoa kan anak anak nya , 
dan kami sebagai anak anak juga sentisa berdoa untuk emak dan abah . 
mungkin kami gagal menjadi anak yang terbaik untuk mak dan abah .
tapi setiap hari , kami sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk mereka .


kami rindu kan abah :(

Thursday, September 29, 2011

eMaK ;(

hidup ni memang tak boleh di jangka , 
sama ada nanti kau akan susah atau pun senang .
sebab kita hanya merancang dan ALLAH yang menentukannya . 

kemarin aku baru dapat tau yang mak masuk hospital , 
tapi tak lah teruk sebab mak kena buat pembedahan atas sebab kesihatan . 
tapi dah nama pon pembedahan , macam macam boleh jadi kan .
memang perangai family aku kalau aku tengah study dan duduk jauh dari family ,
 hal family dia orang tak kan pernah nak cerita , 
kecuali aku yang tanya . aku tau mak akan di bedah tapi tak tau bila tarikh nya . 
nasib baik lah aku call adik aku dan tanya mak mana , dia pon dah terkantoi kan .

masok hari ni dah 3 hari mak duduk hospital , kalau tak pagi petang tadi dah bedah .
tapi sebab bilik bedah penuh jadi di tangguh kan esok .
eum semalam mak pesan suruh naku baca yasin untuk dia .
tapi rasa sedih gila sebab aku tak boleh nak baca atas sebab keuzuran .

lepas je abah meninggal aku memang rajin baca yasin pagi pagi , 
dan sekarang ni rasa macam ralat dan sedih 
sebab tak dapat nak baca yasin untuk abah macam selalu 
tapi doa aku untuk abah tak pernah lupa .

esok waktunya , dan aku berharap apa yang di tentukan ALLAH 
esok adalah hari yang baik untuk kami sekeluarga . 



YA ALLAH , jangan lah kau ambil emak kami yang satu satu nya kami ada . 
selamatkan lah pembedahnya esok hari . 
sesungguhnya ALLAH tak kan menduga hamba nya lebuh daripada kemampuan hambanya . amin 


mak , kuat lah untuk kami semua , semoga emak cepat sihat . amin

Tuesday, September 27, 2011

kerinduan ;(

tiap kali aku bangun tidur , tiap tiap hari
 aku masih lagi anggap dan berfikiran yang aku masih lagi ada ABAH
mugkin benda ni pada orang bila aku cerita dia orang akan jadi sedih ,
 tapi pada aku benda ni lah yang buat aku kuat dan terus berdiri tegak maju kehadapan . 
dan sekarang wallpaper gambar kubur ABAH yang menghiasi handphone aku . 
tiap tiap pagi aku akan sedekah kan bacaan yasin untuk ABAH , sambil tengok gambar kubur ABAH
kalau dulu boleh lah pergi kubur ABAH hari hari , sekarang ni tengok gambar je lah
itulah yang menjadi amalan yang mak ajar lepas je ABAH pergi .
kisah aku hidup bersama ABAH hanya 19 tahun sahaja , memang singkat . 
tapi dah nama pun ajal maut jodoh pertemuan di tangan tuhan , 
kita sebagai manusia kena redha dan terima . 
tapi tak salah kan kalau aku masih beranggapan 
yang aku masih lagi ada ABAH sama macam orang lain ? 


ABAH nak tau tak , byla rindu sangat pada ABAH . 
bila abah tak de , dah takde  siapa nak suruh byla tolong ketip kan kuku
tak de siapa lagi yang panggil byla BEGAM . :)
lagi lagi masakan ABAH , dan banyak lagi yang byla rindu .
ABAH , kami sekeluarga sentiasa ingat dan tak kan pernah lupa pada ABAH
kami harap ABAH  di tempat kan bersama orang orang yang beriman ,
doa kami sentiasa mengiringi ABAH , tak kira siang atau malam . amin



rindu yang teramat sangat  ;(

aBaH ;(

banyak benda yang berlaku tanpa di duga , semua nya bukan kehendak kita
kepemergian ayahda tercinta sangat sangat di rasai .

MUSFA BIN ABD MANAP
10 FEBUARI 1960 - 31 JULAI 2011
51 TAHUN

semoga rohnya di cucuri rahmat...
al fatihah , amin