Friday, November 18, 2011

pak ngah

aku tak pernah kenal pak ngah aku sebelah mak . 
nama dia pun aku tak pernah dengar , apa lagi orang nya kan 

aku kenal pak ngah bila dia mula mula datang rumah aku . (rupanya aku ada pak ngah)
alkisah nya , dia kena halau dengan isteri dan anak-anak dia .
kenapa ? oh itu panjang cerita nya .

apa yang aku tau dari mulut mak .
mak kata pak ngah memang seorang yang baik , 
dengar kata , tak bantah kata mak ayah dan die sangat menjaga solat .
jadi apa yang aku boleh simpul kan .
isteri dia tu kejam !

aku tau cerita dia sebenarnya , tapi tak kan aku nak cerita dekat semua .
apa yang buat aku sedih dan terkilan sangat yang amat sangat ,
lepas je dia kena halau , dia selalu cuba untuk balik rumah  . 
tapi tak boleh . hari-hari tanya anak-anak dan isteri dia mana .
sedih weh . bayang ayah korang kena macam tu . 
mintak simpang lah kan .

adik beradik mak aku terpaksa hantar dia dekat rumah orang-orang tua . 
sebab tak de siapa nak jaga , semua ada keje .
jadi duduk lah dia dekat sana , benda sama je berlaku .
hari hari tanya anak-anak dan isteri dia mana . 

sampai lah hembusan nafasnya yang terakhir , dia masih tanya mana anak-anak dan isteri dia .
pak ngah pegi tanpa isteri dan anak-anak disisi . ;(


AHMAD BIN ARGUS
6 NOVEMBER 2011
62 TAHUN

walaupun tak banyak kenangan kami sekeluarga dengan pak ngah , tapi kami sayang kan pak ngah sangat . 
semoga roh pak ngah dicucuri rahmat . doa kami sentiasa mengiringi pak ngah .
al-fatihah .




p/s : jangan sekali kali lupa kan jasa ibu bapa kita .
buruk mana ibu bapa kita .  
mereka tetap ibu bapa kita sampai bila bila

Saturday, November 5, 2011

apa yang aku rasa

rasa macam aku ni tak pernah wujud dalam hidup korang . 
rasa macam aku ni tak pernah berjumpa dengan korang .
rasa macam aku ni tak pernah sebilik dengan korang . 
rasa macam aku ni tak pernah kongsi apa apa dengan korang .

tapi aku tau , semua ni sebab kita semakin jauh . 
kau dan dia , dulu  dan sekarang . tak pernah berpisah .
yup , korang memang ditakdir kan untuk tinggal bersama untuk 3 tahun akan datang lagi .
jodoh korang sangat kuat . aku seronok tengok korang . 

tipu lah kalau aku kata aku tak cemburu , sedih , kecewa dan segala macam perasaan ada . 
tapi aku tau , korang tak kan pernah lupakan aku . 
aku tak kan pernah sekali kali lupakan kenangan kita semua .

haha mungkin dah tertulis untuk aku yang sampai bila bila aku tak kan ada kawan baik kan ?
tapi aku harap tak lah kan . mybe aku ni yang tak pandai nak jaga hati kawan kot . 
jahat sangat ke aku ni ?? heeee

sangat cemburu bila tengok korang bergambar bersama .
masih tidur bersama , bergurau bersama  , masih macam dulu .
aku ? haha macam ni je lah kan .
tak pe  , mungkin ALLAH nak aku belajar berdikari kan .
jangan nak harap kan orang lain yang atur kan hidup je kan . 

hari hari aku nak cakap kat korang benda ni . 
AKU SAYANG KAU DAN DIA SANGAT SANGAT !



p/s : saya rindu kan kamu berdua ;(

Thursday, October 6, 2011

i'm 19 years old !

BUAT PERTAMA KALI NYA AKU SAMBUT HARI LAHIR TANPA SEORANG INSAN YANG BERGELAR ABAH. 


YA ALLAH , KUAT KAN LAH AKU UNTUK MENJALANI HARI HARI YANG MENDATANG . AMIN



NURUL NABILAH BINTI MUSFA
07 / 10 / 1992 - 07 / 10 /2011
19 TAHUN :)

Sunday, October 2, 2011

entah lah .

memang susah kan nak buat orang suka dengan cara kita .
lagi lagi kalau jumpa dengan orang yang hidup nya senang dan serba serbi sempurna
kita ni semuanya tak kena , apa yang ada cuma ala kadar sahaja .
memang pelik bila tengok kehidupan orang lain yang terlalu mewah 
rasa macam janggal , tapi kan kehidupan macam macam ragam yang kita boleh jumpa . 

lumrah kehidupan kan , memang susah nak cari kawan yang paham kita bila pertama kali berjumpa .
sebab tu lah aku lebih suka sendiri . buat apa apa sendiri , jadi tak lah menyusah kan orang lain .
kalau aku lah , sebelum nak kongsi cerita atau nak kongsi apa apa lah kan .
aku akan tengok dulu macam mana perangai orang tu . 
dan ada kala nya memang ada perangai yang kita tak pernah jumpa sebelum ni , 
ha dah jadi satu pengetahuan kan . haha tu lah orang kata ilmu ni tak kan habis .


p/s : kita kena paham orang lain dulu , sebelum kita nak orang paham kita .

Friday, September 30, 2011

Tangguh

haha lawak je mak ni mula mula tangguh esok hari 
last last tangguh sampai minggu depan . 
nasib baik lah tak perlu bayar , sebab guna kad persara abah . 
untung lah mak , dan abah memang selalu tak pernah nak menyusah kami 
sampai lah hembusan nafas nya yang terakhir . 
dan sekarang ni pon masih lagi berjasa dengan kami . 
lihat lah betapa besar nya jasa seorang ayah .

walaupun susah nak mendidik anak anak untuk menjadi anak yang soleh dan solehah .
abah dan emak sentiasa mendoa kan anak anak nya , 
dan kami sebagai anak anak juga sentisa berdoa untuk emak dan abah . 
mungkin kami gagal menjadi anak yang terbaik untuk mak dan abah .
tapi setiap hari , kami sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk mereka .


kami rindu kan abah :(

Thursday, September 29, 2011

eMaK ;(

hidup ni memang tak boleh di jangka , 
sama ada nanti kau akan susah atau pun senang .
sebab kita hanya merancang dan ALLAH yang menentukannya . 

kemarin aku baru dapat tau yang mak masuk hospital , 
tapi tak lah teruk sebab mak kena buat pembedahan atas sebab kesihatan . 
tapi dah nama pon pembedahan , macam macam boleh jadi kan .
memang perangai family aku kalau aku tengah study dan duduk jauh dari family ,
 hal family dia orang tak kan pernah nak cerita , 
kecuali aku yang tanya . aku tau mak akan di bedah tapi tak tau bila tarikh nya . 
nasib baik lah aku call adik aku dan tanya mak mana , dia pon dah terkantoi kan .

masok hari ni dah 3 hari mak duduk hospital , kalau tak pagi petang tadi dah bedah .
tapi sebab bilik bedah penuh jadi di tangguh kan esok .
eum semalam mak pesan suruh naku baca yasin untuk dia .
tapi rasa sedih gila sebab aku tak boleh nak baca atas sebab keuzuran .

lepas je abah meninggal aku memang rajin baca yasin pagi pagi , 
dan sekarang ni rasa macam ralat dan sedih 
sebab tak dapat nak baca yasin untuk abah macam selalu 
tapi doa aku untuk abah tak pernah lupa .

esok waktunya , dan aku berharap apa yang di tentukan ALLAH 
esok adalah hari yang baik untuk kami sekeluarga . 



YA ALLAH , jangan lah kau ambil emak kami yang satu satu nya kami ada . 
selamatkan lah pembedahnya esok hari . 
sesungguhnya ALLAH tak kan menduga hamba nya lebuh daripada kemampuan hambanya . amin 


mak , kuat lah untuk kami semua , semoga emak cepat sihat . amin

Tuesday, September 27, 2011

kerinduan ;(

tiap kali aku bangun tidur , tiap tiap hari
 aku masih lagi anggap dan berfikiran yang aku masih lagi ada ABAH
mugkin benda ni pada orang bila aku cerita dia orang akan jadi sedih ,
 tapi pada aku benda ni lah yang buat aku kuat dan terus berdiri tegak maju kehadapan . 
dan sekarang wallpaper gambar kubur ABAH yang menghiasi handphone aku . 
tiap tiap pagi aku akan sedekah kan bacaan yasin untuk ABAH , sambil tengok gambar kubur ABAH
kalau dulu boleh lah pergi kubur ABAH hari hari , sekarang ni tengok gambar je lah
itulah yang menjadi amalan yang mak ajar lepas je ABAH pergi .
kisah aku hidup bersama ABAH hanya 19 tahun sahaja , memang singkat . 
tapi dah nama pun ajal maut jodoh pertemuan di tangan tuhan , 
kita sebagai manusia kena redha dan terima . 
tapi tak salah kan kalau aku masih beranggapan 
yang aku masih lagi ada ABAH sama macam orang lain ? 


ABAH nak tau tak , byla rindu sangat pada ABAH . 
bila abah tak de , dah takde  siapa nak suruh byla tolong ketip kan kuku
tak de siapa lagi yang panggil byla BEGAM . :)
lagi lagi masakan ABAH , dan banyak lagi yang byla rindu .
ABAH , kami sekeluarga sentiasa ingat dan tak kan pernah lupa pada ABAH
kami harap ABAH  di tempat kan bersama orang orang yang beriman ,
doa kami sentiasa mengiringi ABAH , tak kira siang atau malam . amin



rindu yang teramat sangat  ;(

aBaH ;(

banyak benda yang berlaku tanpa di duga , semua nya bukan kehendak kita
kepemergian ayahda tercinta sangat sangat di rasai .

MUSFA BIN ABD MANAP
10 FEBUARI 1960 - 31 JULAI 2011
51 TAHUN

semoga rohnya di cucuri rahmat...
al fatihah , amin

Tuesday, July 26, 2011

sabar lahh

semua yang berlaku ada hikmah nye 
jadi kita sebagai manusia hanya perlu bersabar
tak selamanya kita berada di atas
kadang kadang kita juga akan jatuh


kata kata tu buat aku sedar
mungkin ada hikmah dan tujuan yang tertentu


sesungguh nya ALLAH tidak akan menduga hamba nya , lebih daripada kemampuan 



Sunday, July 24, 2011

cukup lahh

suda lahh byla , tak payah nak fikir kan die lagi
dah terima suda lahh kan . 
nie lahh yang mak selalu risau kan
aku cepat sangat sayang kan orang


dah masok u nanti mintak mintak aku lebih matang lahh 
malas nak fikir tentang CINTA ~~~
kalau nak fikir tentang itu ,  memang tak habis lahh


orang kata lebih baik bercinta dengan orang yang sayang kan kita
daripada orang yang kita sayang :)
                                                                                                                                              
    
 p/s : cinta kan ALLAH lebih baik daripada cinta kan MANUSIA

aku terima :)

kalau nak kenang kisah dulu , sangat sangat sedih..
boleh banjir rawang nie .
haha tapi aku cool je .
sebab aku tau ada hikmah di sebalik semua kejadian nie
mungkin ALLAH nak tunjuk kan yang lebih baik untuk aku
tapi kenapa aku masih teringat kan dia
ohh mungkin aku sayang kan dia lagi
yup aku memang sayang kan dia lagi
tapi sekarang hanya sayang sebagai kawan


aku ada kawan , nama die haziq
 aku pernah kata dekat haziq yang aku nak jadi andartu . 
dan die kata 
 " kau tak boleh macam tukau kena bagi peluang pada orang yang nak sayang kan kau "
apa apa pun terima kasih kawan :)
kau selalu nasihat kan aku , aku hargai sangat


pasal andartu tu aku saja ja ckp macam tu..
ha kan tak sia sia aku saja saja cakap dan dapat nasihat lagi..
bagus jugak kan kau nie kawan 
terima kasih kawan :)


 nie la haziq , gila kan die nieh 

aku nak cakap :-
*sorry , aku amek gmbar kau tanpa izin dekat fb
*terima kasih lahh sebab mahu jadi kawan aku :p

p/s : aku terima :)

kenapa?

kenapa aku masih t'ingat kan kau
kenapa lahh ada kisah antara kita
kalau lahh boleh masa di undur kan
kalau lahh kita masih tetap bersama



Wednesday, July 20, 2011

berbakti lah anda

kalau nak berbakti memang banyak benda boleh buat..
tapi ini berbakti kepada ibu bapa kita..
walau macam mana pon keadaan ibubapa kita.. 
kita kena terima seadanya..

waktu kecil mereka lah yang menjaga dan mengasuh kita tanpa penat lelah..
dan sekarang waktu kita pula menjaga mereka..
yup memang jasa ibu bapa tak kan pernah berbalas...
tapi apa salah nya kita lakukan sedikit daripada tak buat apa apa..

yup aku sendiri tengok bagaimana keadaan seorang bapa yang sangat menyayangi keluarganya..
dan akhirnya di buang keluarga kerana sudah tidak mampu untuk berdiri atas kaki sendiri..

ok peristiwa nie berlaku dekat pakcik aku sendiri..
dulu aku tak pernah kenal dia,sikit pon tak..
dan tiba tiba pakcik aku muncul dalam keadaan yang tak terurus,,
dia macam dah tak tentu arah..selalu mintak mak anta pegi rumah isteri dia..
padahal isteri dia sendiri dah buang dia..

mak pon anta dia tinggal dekat rumah orang orang tua..
sebab dia asyik lari nak pegi rumah isteri dia..
lagi pon mak x boleh nak jaga..sebab mak bekerja
tapi sekarang pakcik aku sedang dirawat di HOSPITAL SELAYANG..

biasa kalau orang sakit..mst ada anak anak yang tunggu dan jaga ibu bapa dieorang..
tapi pakcik aku tinggal sorang..bila malam dan mak tak bzy , 
mak akan pergi jengok pakcik aku dekat hospital..
sikit pon family dia tak pernah nak tanya macam mana keadaan dia sekarang..

mana pergi anak anak die?? darah daging die?? 
anak yang dia jaga dulu?? isteri yang dia sayang??



p/s :  cuma mahu berkongsi pengalaman
dan peringatan kepada yang masih leka..

Tuesday, July 19, 2011

UniMAP , PERLIS

macam mana la kan nak be'jauhan dengan family sejauh 2..
kalau kat matrik dulu tiap2 minggu boleh balik..
kali nie..cuti sem baru boleh balik..
heee xpelah pengalaman duduk jauh..

keusahawanan kejuruteraan??
apa tu?? ha korang pon t'tanya tanya , apa lagi aku..
yup kos tu yang aku dapat dekat UniMAP..

tapi mak ada kata.. "  ok la kos tu . daripada kau dapat kos yang kau nak , lepas tu tak boleh nak bawak . 
semua nya ada hikmah . mak selalu doa kan yang terbaik untuk anak mak "
:) ok mak terima kasih..sayang mak !!

dan yang bagi aku semangat adalah orang nie..
kawan aku time kat matrik yang selalu ingat kan aku sebelum wat sesuatu,..

ha..cumel kan??

die kata " study jelah rajin rajin . jgn buat perangai. parents kau jauh. pape hal , pk mak ayah dulu .
 baru pk orang lain . syg diri sndri dulu, baru nak syg org lain " terima kasih kawan ♥

hope kau seronok dekat UMP dan kos yang kau nak sangat tu.. :p
GOOD LUCK SAYANG !!


p/s :  fy  saye rindu kan awak.. ;(